Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Ahad, 22 Mac 2026 | 02 Syawal 1447H | 01:06
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

Kewajipan Mengeluarkan Notis 2B

image

Pentadbir Tanah, Daerah Klang telah bersetuju untuk MEWAJIBKAN pengeluaran Notis 2B (Notis Supaya Mengemukakan Dokumen) untuk urusan PINDAHMILIK di Unit Pindahmilik dan Lelongan dan Unit Pendaftaran bagi: 

i. Hakmilik berkeluasan 1 ekar dan ke atas; 

ii. Harga jualan RM 1 juta dan ke atas; dan 

iii. Revolusi Hijau, Batu 5, Johan Setia dan Revolusi Hijau Kampung Perepat. 

Arahan ini adalah berkuat – kuasa bermula pada 08 Ogos 2019

Pengeluaran Notis 2B adalah tidak terhad kepada urusan pindahmilik yang tersebut di atas sahaja dan bergantung kepada urusan – urusan lain yang difikirkan perlu. 

Penerima notis juga adalah dinasihatkan untuk mematuhi tempoh notis yang dinyatakan bagi memastikan urusan selanjutnya dapat berjalan dengan lancar. 

 

Arahan Pentadbir Tanah, Daerah Klang

Diterbitkan pada Oktober 28, 2025
AI Chatbot Selangor
Tanjung